Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia kerah komando kesan MH370

Mar 19, 2014 | 10:19 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah mengerahkan sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke kawasan Koridor Utara bagi mengesan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.


Laman akhbar Harian Metro, myMetro, dalam laporannya hari ini menukil sumber yang menyatakan "anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara".


Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.


"Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara," kata sumber itu yang ditukil kepada Harian Metro.


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu lalu memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >