Malaysia luluskan parti baru Mahathir

PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (RoS) Malaysia telah meluluskan pada prinsipnya penubuhan parti baru mantan timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin, yang akan dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, atau PPBM.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata lampu hijau bagi parti itu diberi pada Khamis (8 Sep).

"Bagaimanapun, parti itu tidak boleh menggunakan singkatan 'Bersatu', tetapi harus dikenali sebagai PPBM," umum beliau selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini.

Ini kerana terdapat enam parti politik dan pertubuhan yang mempunyai perkataan 'Bersatu' dalam nama mereka, katanya.

Tan Sri Muhyiddin, yang juga bekas timbalan presiden Umno, memfailkan permohonan untuk mendaftar PPBM bulan lalu.

Beliau presiden parti itu manakala mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pengerusinya. - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,011.080 +2.860