Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia mungkin kekang lebih ketat media dalam talian

Mar 17, 2016 | 09:22 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sedang menimbangkan peraturan laman media dalam talian untuk memastikan mereka tidak membawa "berita tidak disahkan".



Penulis blog juga mungkin dikehendaki mendaftar dengan kerajaan jika mereka mahu melaporkan berita di bawah satu saranan yang sedan g dikaji, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, lapor Malay Mail Online (MMO) pada Rabu (16 Mac).



Langkah itu datang di tengah-tengah kebimbangan tindakan keras ke atas kebebasan media dan sedang banyak laman web dalam talian bergelut dengan masalah kewangan.



The Malaysian Insider (TMI), sebuah laman berita popular yang sering mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menjadi mangsa terbaru masa sukar minggu ini. Ia ditutup pada Selasa selepas pemiliknya, The Edge Media Group, berkata ia hilang RM10 juta ($3.3 juta) sejak membeli laman web popular itu pada Jun 2014.



Kerajaan sedang mengkaji untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memastikan pengamal berita dalam talian dan penulis blog mendaftar dengan badan pemantau berbilang media Malaysia sebelum mereka dibenarkan beroperasi, kata Datuk Nur Jazlan.



Saranan itu bertujuan "mengawal penyebaran berita fitnah dan tidak disahkan", kata MMO.



"Pengamal media dalam talian termasuk portal berita, blog," Encik Nur Jazlan memberitahu MMO.



Akses dalam talian kepada TMI dihalang oleh pemantau berbilang media, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada 25 Feb selepas portal berita itu dituduh melaporkan "berita tidak disahkan".



Laporan itu ialah mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mempunyai keterangan mencukupi untuk mendakwa Datuk Seri Najib berhubung pemindahan sejumlah besar wang ke dalam akaun bank peribadinya.



Penutupan TMI, walaupun disebabkan kerugian kewangan, ditunjukkan oleh ahli politik pembangkang sebagai satu langkah yang telah mengurangkan kebebasan media Malaysia sedang Datuk Seri Najib berusaha mempertahan dirinya berhubung tuduhan terhadapnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >