Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia siasat 'kerosakan' sistem imigresen yang mudahkan warga asing masuk

May 18, 2016 | 03:16 PM



PETALING JAYA/SEPANG: Kementerian Dalam Negeri Malaysia sedang menyiasat kerosakan kerap mencurigakan sistem keselamatan lapangan terbang penting, yang boleh menjejas keselamatan negara itu, lapor Malay Mail Online pada Rabu (18 Mei).



Ia memetik sumber kementerian sebagai berkata: "Dipercayai sistem itu mungkin sengaja dirosakkan, menunjukkan rasuah."



"Mereka yang menjaga dan menjalankan pemeriksaan elektronik penumpang - daripada pihak berkuasa hingga kakitangan syarikat penerbangan dan pekerja syarikat pembangunan sistem - sedang disiasat."



Sumber itu berkata "kerosakan" kerap sistem itu - Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) yang berusia 20 tahun - menimbulkan persoalan serius mengenai keupayaannya menghalang pengganas, penyeludup manusia dan penjenayah lain memasuki Malaysia.



"Jumlah tinggi 'kerosakan' juga menunjukkan ramai orang dalam senarai pengawasan boleh mengelak daripada dikesan," kata sumber itu kepada akhbar Malay Mail.



Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad, pada Selasa (17 Mei) menimbulkan keraguan terhadap keupayaan sistem itu dalam menyaring warga asing yang datang kerana kerosakan kerap "yang memalukan" membolehkan warga asing masuk ke Malaysia melalui lapangan terbang Kuala Lumpur dengan mudah.



Kerosakan paling lama sistem beru - sejam - berlaku pada pagi lawatan beliau, lapor akhbar The Star.



Komen Datuk Nur Jazlan datang beberapa hari selepas dua pegawai imigresen ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemerdagangan warga Sri Lanka ke Switzerland menggunakan pasport Malaysia palsu.



Beliau berkata walaupun jumlah warga asing yang memasuki Malaysia tanpa izin tidak besar, ia "satu perkara berbahaya".



"Walaupun hanya seorang, ia sudah berbahaya kepada negara ini kerana jika anda membiarkan satu, dua atau tiga pengganas masuk, mereka boleh melakukan banyak malapetaka."



Beliau berkata kementeriannya juga sedang memastikan integriti pegawai imigresen di kaunter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >