PERCUTIAN ke Malaysia tidak akan lengkap tanpa sesi beli-belah, baik di pasar malam jalanan, kedai cenderamata mahupun gedung beli-belah terkemuka.
Malaysia memang terkenal sebagai 'syurga' beli-belah. Tanya sahaja mereka yang pernah berkunjung ke negara itu - daripada menarik satu bagasi sahaja ke destinasi percutian, mereka pulang ke tanah air dengan menggalas tambahan dua, tiga beg penuh dengan hasil beli-belah!