Pelaksanaan sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang dijadualkan bermula bulan depan ditangguhkan hingga perincian penyeragaman peraturan kemasukan kenderaan asing di semua pintu masuk negara dimuktamadkan.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beberapa perincian dan semakan semula berhubung penyeragaman peraturan berkenaan perlu dilakukan sebelum ia mula dikuatkuasakan.
Menurutnya, apabila dimuktamadkan, semua pintu masuk negara, termasuk di Singapura dan Thailand, akan melaksanakan VEP secara serentak, lapor Berita Harian Malaysia.