Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia tangkap 16 suspek pengganas

Oct 10, 2016 | 07:25 AM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menangkap 16 suspek pengganas dalam operasi dua minggu di enam negeri.



Seramai 14 daripada mereka disyaki ahli sel tempatan yang diketuai Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, warga Malaysia anggota kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Wanndy dipercayai mendalangi pengeboman sebuah bar di pinggir bandar Kuala Lumpur pada 28 Jun.



"Kesemua mereka disyaki telah mengangkat sumpah kesetiaan mereka dalam talian," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan mengumumkan tangkapan itu pada Ahad (9 Okt).



Mereka didakwa menyalurkan dana kepada Wanndy, yang berada di Syria. Pengganas berusia 26 tahun itu didakwa telah memupuk sel-sel pengganas tempatan dan menggalak serangan dalam Malaysia.



Polis berkata mereka telah menggagalkan banyak rancangan pengganas, termasuk mahu menyerang beberapa tapak di Kuala Lumpur semasa sambutan Hari Kemerdekaan pada Ogos.



Pengeboman bar itu, yang mencederakan lapan orang, menandakan serangan ISIS yang pertama di Malaysia.



Sel ISIS tempatan yang diketuai oleh Wanndy dipanggil 'Black Crow'. Ahlinya - didakwa termasuk ahli perniagaan, teknisyen, penganggur dan seorang pemburu barangan antik - ditangkap di Selangor, Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.



Selain 14 suspek itu, turut ditangkap ialah seorang warga asing dari Afrika Utara, yang polis syaki mempunyai kaitan dengan Angkatan Al-Nusra, bekas sekutu Al-Qaeda di Syria.



"Ketika di Malaysia, suspek dipercayai terlibat dalam sindiket memalsukan dokumen perjalanan bagi penggunaan (Angkatan Al-Nusra)," kata Tan Sri Khalid.



Suspek ke-16, seorang pelajar universiti awam, ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setelah dihantar pulang dari Istanbul, Turkey.



Dia ditangkap oleh pihak berkuasa Turkey, yang menerima maklumat daripada Cawangan Khas polis Malaysia, kata Tan Sri Khalid.



Tangkapan terbaru itu membawa kepada lebih 250 bilangan orang ditangkap oleh polis Malaysia sejak akhir 2013 kerana disyaki mempunyai hubungan dengan ISIS.



Polis Malaysia dalam keadaan berjaga-jaga tinggi dan sedang meningkatkan langkah-langkah menentang pengganasan untuk melawan ancaman itu, yang termasuk rancangan yang menyasarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pegawai berpangkat tinggi.



Bulan lepas, Tan Sri Khalid berkata tiga warga asing - dari Bangladesh, perniagaan Nepal dan Maghribi - dihantar pulang kerana disyaki mempunyai hubungan dengan ISIS.



Singapura, Malaysia dan Indonesia baru-baru ini bersetuju berkongsi secara sistematik maklumat daripada biometrik - misalnya cap jari - militan dan banduan pengganasan yang dikenali untuk memerangi ancaman itu,




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >