Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia tangkap pegawai imigresen, 6 orang kerana kaitan dengan ISIS

Mar 13, 2017 | 12:12 PM



KUALA LUMPUR: Seseorang pegawai imigresen adalah antara tujuh suspek kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) yang ditahan di Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Rabu hingga Ahad (8-12 Mac).



Pegawai wanita itu dikatakan mengaturkan perjalanan militan ke Sabah tanpa dokumen sah sebelum menuju ke selatan Filipina.



Orang lain yang ditangkap termasuk tiga warga Filipina berstatus penduduk tetap (PR).



Ketua Polis Negara (IPG) Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tangkapan pertama melibat seorang warga Filipina berstatus PR berusia 27 tahun dan seorang lagi berusia 18 tahun di Kota Kinabalu pada Rabu.



"Suspek dengan status PR itu dipercayai telah mendapatkan dana bagi dua pelarian jenayah rakyat Malaysia, Dr Mahmud Ahmad dan Mohamad Joraimee Awang Raimee.



"Suspek kedua ialah seorang militan IS yang telah bersumpah setia pada pemimpin kanan Abu Sayyaf Isnilon Hapilon," kata Tan Sri Khalid dalam satu kenyataan pada Isnin.



Siri tangkapan kedua melibatkan seorang penjual tiket feri berusia 53 tahun dan seorang buruh (kedua-duanya warga Filipina berstatus PR) dan pegawai imigresen wanita berusia 31 tahun itu di Sandakan pada Khamis.



"Kedua-dua suspek dengan status PR itu dipercayai telah membantu dalam transit tiga militan IS Indonesia ke selatan Filipina melalui Sabah.



"Pegawai imigresen itu mengaturkan kemasukan orang yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, termasuk militan IS dari Indonesia dan Malaysia, ke Sabah sebelum menuju ke selatan Filipina," katanya.



Suspek keenam - seorang lelaki warga Filipina berusia 36 tahun - ditahan di Sandakan pada Khamis.



Suspek ketujuh, seorang lelaki Malaysia bekas pembantu perubatan di hospital Jerantut, Pahang, ditahan di KLIA pada Ahad.



Tan Sri Khalid berkata suspek berusia 36 tahun itu pergi ke Turkey Oktober tahun lepas dan cuba memasuki Syria dengan bantuan seorang militan Indonesia, Abu Fateh, dari Sulawesi tetapi ditangkap oleh pihak berkuasa Turkey pada 16 Jan bersama militan Indonesia dan dihantar pulang. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >