Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia timbang naikkan harga minimum hartanah bagi warga asing

Mar 14, 2017 | 08:32 AM



SIMPANG PERTANG: Kerajaan Malaysia mungkin menaikkan harga beli minimum bagi hartanah yang dibeli oleh warga asing kerana ringgit semakin lemah, kata seorang menteri Kabinet pada Isnin (13 Mac).



Menteri Perumahan Noh Omar berkata menyemak semula harga minimum akan memberi rakyat Malaysia ketersediaan lebih luas untuk membeli hartanah.



Kadar tukaran rendah ringgit berbanding mata wang asing juga menarik minat lebih tinggi daripada warga asing, kata beliau, yang ditukil akhbar New Straits Times (NST) selepas menghadiri satu majlis di Negeri Sembilan.



Sekarang, warga asing umumnya boleh beli hartanah Malaysia bernilai RM1 juta ($318,000) dan ke atas sahaja.



Harga minimum itu, yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan, diubah beberapa kali sepanjang dua dekad lalu, dengan kerajaan negeri dibenarkan menetapkan harga minimum mereka sendiri.



Tan Sri Noh, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata kerajaan telah menjalankan kajian mengenai isu itu dan sedang menimbangkan dua pilihan.



Pertama ialah menaikkan harga minimum RM1 juta bagi setiap harta.



Satu lagi ialah menetapkan harga minimum dalam dolar Amerika Syarikat bagi semua pembeli asing, lapor NST.



Beliau bercakap mengenai pasaran hartanah selepas diminta mengulas laporan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bercadang membenarkan warga asing membeli hartanah di negeri ini pada harga minimum RM800,000.



Kerajaan negeri Pulau Pinang, yang diperintah oleh parti pembangkang persekutuan, termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP), memberi alasan bahawa menurun harga menimum sebanyak RM200,000 akan memberi kesan ke atas sedikit sahaja bakal pembeli Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >