Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia waspada ancaman Ebola

Aug 04, 2014 | 05:30 PM



PETALING JAYA (Selangor): Kesemua pintu masuk utama di Malaysia, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kini waspada terhadap virus Ebola atas nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang sedang membendung wabak itu di Afrika Barat.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, berkata, kerajaan Malaysia telah meningkatkan persediaan untuk mencegah penyakit yang sangat mudah berjangkit itu daripada menular ke Malaysia.


Arahan yang jelas telah diberikan kepada pegawai-pegawai yang bertugas tentang apa yang harus dilakukan untuk menghalang virus itu memasuki Malaysia.


"Langkah-langkah pencegahan termasuk mengenal pasti dan mengendalikan penumpang dengan tanda-tanda Ebola, dan merujuk kes tersebut ke hospital terdekat.


"Pusat Tindak Balas dan Persediaan Krisis Kebangsaan juga perlu diberitahu," kata beliau semalam.


Langkah yang sama untuk melindungi kesihatan para penumpang sedang diambil oleh semua lapangan terbang dan syarikat penerbangan di seluruh dunia, selaras dengan garis panduan WHO dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa. - The Star Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >