Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siasatan 1MDB mungkin ditamatkan tidak lama lagi

Feb 11, 2016 | 10:04 AM



PETALING JAYA: Siasatan terhadap syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) - panel yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang di Parlimen Malaysia - mungkin diselesaikan tidak lama lagi, kata pengerusinya, Datuk Hasan Arifin, pada Rabu (10 Feb).


Prosiding akhirnya bagi menyiasat pengurusan dan pentadbiran 1MDB akan diadakan pada Khamis (11 Feb) dan Jumaat.


Sesi ini akan melibatkan bekas presiden merangkap ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Halmi, dan bekas pengerusinya, Datuk Mohd Bakke Salleh.


Datuk Hasan berkata maklumat yang diterima daripada sesi itu dan sembilan sesi sebelumnya akan mencukupi untuk PAC membuat kesimpulan objektif, telus dan adil.


Siasatan ke dalam 1MDB bermula pada Mei tahun lepas.


Ketua Audit Negara, yang menjalankan siasatan sendiri, dijadual membentangkan laporan akhirnya mengenai 1MDB kepada PAC dari 24 Feb hingga 25.


Datuk Hasan berkata jawatankuasa itu memerlukan masa untuk menganalisis laporan tersebut sebelum menyampaikan keputusannya kepada Parlimen.


Beliau menambah bahawa cadangan ahli PAC yang juga setiausaha publisiti kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Tony Pua, agar PAC memanggil saksi lagi - termasuk bekas CEO 1MDB, Encik Mohd Hazem Abdul Rahman, dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, untuk merakam kenyataan mereka tidak perlu.


Beliau menjelaskan ini kerana semua isu berkaitan masa ketika Encik Mohd Hazem menjadi CEO telah dijawab oleh pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, semasa prosiding bulan lepas.


Mengenai soalan Bank Negara mengenai pemindahan dana 1MDB sebanyak AS$1.83 bilion ($ 2.55 bilion) untuk pelaburan luar negara, Datuk Hasan berkata ia telah dijelaskan dalam media dan kenyataan akhbar Peguam Negara.


Pada Oktober lalu, Peguam Negara membebaskan pegawai 1MDB daripada dakwaan membuat kenyataan palsu mengenai perkara itu, dengan berkata tidak kesalahan dilakukan, maka tiada tindakan lanjut akan diambil.


Datuk Hassan berkata PAC bercadang membentangkan laporannya kepada Parlimen pada sesi Dewan Rakyat yang bermula Mac. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >