Mamat Exist didenda lagi akibat kesalahan dadah

AMPANG: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat, yang pernah didapati bersalah atas kesalahan dadah, sekali lagi didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ini selepas dia mengaku bersalah menggunakan syabu, Mac lalu, lapor BHOnline Malaysia.

Majistret, Noor Farah Hazwsni Osman turut memerintahkan Mamat, 37 tahun, diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun dan memerintahkannya menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda. - BHOnline Malaysia

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.