Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa banjir di Australia kembali ke rumah

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



SYDNEY: Ribuan rakyat Australia semalam kembali ke rumah dan perniagaan untuk menilai kerosakan banjir walaupun amaran pemindahan kekal di kawasan pedalaman di tenggara dan pihak berkuasa memberi amaran lebih banyak hujan lebat yang boleh mencetuskan banjir baru.



Amaran banjir besar dilaksanakan di banyak wilayah walaupun hujan tidak banyak turun dengan banyak sungai hanya dijangka mencapai paras banjir puncak minggu ini.



"Kita hidup dalam masa yang sangat berbahaya pada hari-hari dan minggu-minggu mendatang," kata Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, semasa sidang media di Forbes, salah satu bandar yang paling teruk terjejas di negeri New South Wales.



"Terdapat lagi banyak hujan dijangka lewat minggu ini, jadi ia kekal sebagai keadaan yang sangat berbahaya."



Biro cuaca meramalkan satu lagi cuaca buruk yang boleh membawa hujan sehingga 50mm di beberapa kawasan yang dilanda banjir.



Sebahagian besar negeri Victoria, selatan New South Wales dan wilayah utara pulau Tasmania telah dilanda sistem cuaca buruk minggu lalu dengan sebahagiannya mengalami hujan selama lebih sebulan.



Bendahari Encik Jim Chalmers memberi amaran bahawa banjir terbaru telah melanda "beberapa kawasan pertanian dan ternakan terbaik di Australia" yang akan menaikkan harga makanan, menambah kesukaran kepada keluarga yang berdepan dengan lonjakan inflasi.



Di barat Melbourne, penduduk pinggir bandar Maribyrnong yang dilanda banjir melonggokkan perabot rosak dan permaidani basah di luar rumah, menurut rakaman di media sosial.



Beberapa penduduk menyalahkan tembok banjir yang didirikan di sekitar Balapan Lumba Kuda Flemington yang berdekatan sebagai memburukkan lagi banjir, lapor media tempatan.



Pemilik motel, Cik Meagan Keating, di Rochester, salah satu bandar yang paling teruk terjejas kira-kira 200km barat laut Melbourne, sedang bersiap sedia memulakan pembersihannya.



"Cabaran terbesar ialah di mana anda nak mulakan?" katanya kepada stesen ABC. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >