Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa banjir di Kedah kian bertambah

Lebih 130 keluarga kini ditempatkan di 17 tempat perlindungan sementara di tiga wilayah
Oct 02, 2021 | 05:30 AM



ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada seramai 380 orang daripada 131 keluarga semalam dan ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri itu iaitu di Sik, Baling dan Kulim.



Jumlah itu meningkat berbanding 263 mangsa daripada 95 keluarga yang dilaporkan di dua daerah iaitu di 14 PPS di Baling dan Sik pada 8 malam kelmarin.



Namun, satu PPS di daerah Padang Terap yang dibuka Rabu lalu, menempatkan 10 mangsa di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tampoi, sudah ditutup sepenuhnya.



Hujan lebat sejak Selasa lalu telah menyebabkan beberapa kawasan Kedah dilanda banjir termasuk di daerah Baling dan Sik sekali gus mengakibatkan penduduk diarah berpindah, lapor Berita Harian Malaysia.



Hujan lebat itu telah menyebabkan sesetengah kawasan rendah dinaiki air, malah air sungai Padang Terap melimpah akibat hujan lebat menyebabkan kawasan berhampiran dinaiki air di Kampung Pokok Machang.



Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata setakat 8 pagi semalam, tiga PPS baru dibuka iaitu dua di Baling dan satu di Kulim.



Beliau berkata dua PPS di Baling dibuka malam kelmarin di SK Tembak A yang membabitkan seramai 30 mangsa daripada lapan keluarga dan dua mangsa di PPS SK Jemerli yang kini dalam proses pemindahan.



"Selain itu, satu PPS di daerah Kulim iaitu PPS SK Merbau Pulas dibuka pada 6 petang kelmarin yang membabitkan 27 mangsa daripada10 keluarga.



"Kesemua mangsa di Baling masih kekal di PPS SK Tunku Putera (tiga mangsa, satu keluarga), PPS Siong (28 mangsa, 11 keluarga), PPS SK Bandar (9 mangsa, 4 keluarga), SK Tanjung Pari (23 mangsa, lapan keluarga), PPS SK Bayu (25 mangsa, 12 keluarga)," ujarnya.



Kapten Saifuddin menambah, di Sik pula dua PPS masih aktif iaitu di SK Gulau iaitu seramai 19 mangsa daripada lima keluarga dan SK Sik yang menempatkan sembilan mangsa daripada satu keluarga.



Namun, katanya, pemantauan masih dilakukan dari masa ke masa di kawasan rendah yang berisiko dinaiki air di negeri ini.



Di Johor pula, seramai 74 orang daripada 22 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan pertama yang dibuka di negeri ini lewat petang kelmarin, berikutan banjir di kawasan Kampung Bukit Batu, Kulai.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kulai, PPS berkenaan dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu, kira-kira 6 petang kelmarin.



Ia berikutan hujan lebat melebihi tiga jam yang bertembung dengan limpahan air Sungai Ulu Pontian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >