Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa banjir Johor dipindah ke pusat pemindahan sementara bertambah

Jan 30, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat semula dengan empat lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak petang kelmarin.



Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata jumlah mangsa banjir terkini adalah seramai 2,511 orang terdiri daripada 697 keluarga.



Jumlah itu berbanding 2,191 orang daripada 610 keluarga, pada petang kelmarin.



Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata jumlah mangsa banjir yang meningkat melibatkan penduduk di Segamat, Mersing dan Batu Pahat.



Tan Sri Dr Azmi berkata empat PPS dibuka iaitu masing-masing satu di Segamat dan Mersing, manakala dua di Batu Pahat, menjadikan sebanyak 33 PPS yang masih beroperasi setakat ini.



"Mersing masih merekodkan mangsa banjir tertinggi setakat pagi tadi iaitu seramai 836 orang daripada 244 keluarga, berbanding 796 orang daripada 234 keluarga pada 4 petang semalam.



"Semua mangsa banjir itu ditempatkan di tujuh PPS sehingga kini.



"Batu Pahat pula kedua tertinggi dengan 694 mangsa daripada 194 keluarga dan ditempatkan di tujuh PPS di daerah itu, berbanding 414 mangsa daripada 117 keluarga petang semalam," katanya semalam.



Sementara itu, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, Johor masih dalam amaran waspada kerana dijangka mengalami hujan berterusan sehingga hari ini, terutamanya di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.



Setakat 8 pagi semalam, semua daerah di Johor mengalami hujan, kecuali Johor Bahru dan Batu Pahat yang cuacanya hanya mendung. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >