Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa banjir Johor terus naik

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri Johor meningkat kepada 4,368 orang dari 1,218 keluarga petang semalam.



Pihak berkuasa telah memberikan amaran kepada beberapa kawasan dan daerah di Johor, Sabah dan Pahang untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir dan air pasang akibat monsun timur laut yang sedang berlaku.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Fungsi Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata bahawa dengan mengambil kira keadaan hujan semasa, daerah Muar dan Tangkak di Johor adalah antara lokasi yang diramalkan dilanda banjir tidak lama lagi.



Beliau turut menyatakan bahawa di Sabah, kawasan di utara dan pantai timur termasuk Pitas dan Kota Marudu berkemungkinan dilanda air pasang serta banjir.



"Gelombang pertama dan kedua monsun berlaku pada Disember.



"Walaupun tiada laporan rasmi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat yang bermula kelmarin diramal berterusan sehingga 30 Januari dan boleh dikategorikan sebagai gelombang ketiga.



"Oleh itu, semua agensi perlu mengenal pasti kampung di mana penduduknya mungkin memerlukan pemindahan ke pusat pemindahan sementara," kata beliau.



Beliau menambah bahawa tumpuan ketika itu adalah untuk menyelaraskan semua agensi pengurusan bencana dan menyebarkan maklumat kepada mangsa terutama mereka yang berada di pusat pemindahan.



"Seterusnya adalah memastikan kebajikan dan kesihatan mangsa banjir melalui penglibatan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan negeri," kata beliau.



Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata pada petang semalam terdapat 44 pusat pemindahan sementara beroperasi di enam daerah terjejas iaitu Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat dan Muar.



"Semua daerah terjejas menunjukkan trend meningkat, dengan jumlah mangsa tertinggi di Segamat iaitu 1,522 orang.



"Ia diikuti Kluang (1,222), Mersing (708), Kota Tinggi (591), Batu Pahat (119), dan Muar (206).



"Pada masa sama, kita juga telah menutup dua pusat pemindahan di Segamat iaitu Dewan Serbaguna Chaah dan SK Sri Bali Chaah," katanya dalam satu kenyataan.



Empat stesen pemantauan sungai juga telah merekodkan paras air melebihi paras bahaya, dengan tiga di Segamat dan satu di Kluang.



Antara yang terjejas ialah sebuah konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Singapura.



Beberapa motosikal yang ditunggangi nyaris dihanyut arus deras ketika meredah banjir di Jalan Nitar, Mersing semalam.



Ketua Polis daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, berdasarkan maklumat, konvoi berkenaan dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang menuju ke Kuantan, Pahang.



"Setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu. Berdasarkan maklumat, kejadian itu berlaku tengah hari tadi.



"Konvoi enam motosikal berkuasa tinggi itu dari arah Mersing ke arah Kluang. Ketika tiba di lokasi motosikal yang ditunggangi rosak.



"Kumpulan Konvoi itu dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat tugasan di tugasan banjir di kawasan Kampung Jamari, Mersing.



"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku. Konvoi terbabit meneruskan perjalanan dengan bantuan trak penunda," katanya menurut satu kiriman Facebook Komuniti Johor.



Sebuah video berdurasi 27 saat memaparkan beberapa individu menyelamatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura yang dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air banjir.



Terdapat juga tiga penutupan jalan di Mersing dan tiga lagi di Kota Tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >