THAILAND: Suasana sibuk di persimpangan Ratchaprasong tiba-tiba bertukar menjadi amat menakutkan apabila letupan bom menggegarkan kawasan pelancongan terkenal itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang selain mencederakan berpuluh-puluh yang lain.
Seorang pelancong dari Republik Czech Republik yang hanya mahu dikenali sebagai Meck, yang menyaksikan insiden itu, menggambarkan lokasi berlaku pengeboman itu sebagai "dahsyat" memandangkan terdapat banyak mayat yang bergelimpangan di atas jalan raya.