Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa gempa China terpaksa bermalam di luar dalam kesejukan

Dec 20, 2023 | 01:45 PM



DAHEJIA (China): Ketika cuaca petang membawa suhu beku ke wilayah Gansu di barat laut China, penduduk yang terkejut dengan gegaran gempa bumi pada 18 Disember, berpusu-pusu mengelilingi unggun api di pinggir jalan.


Ini menyusuli gempa bumi paling dahsyat di negara itu dalam beberapa tahun, menyebabkan mereka kehilangan tempat berteduh.

Gempa bumi pada 18 Disember malam yang berukuran 6.2 pada skala Richter itu telah membunuh sekurang-kurangnya 127 orang – kebanyakannya di Gansu, sebuah daerah miskin – dan mencederakan ratusan yang lain.

Berhampiran pusat gempa di Dahejia, sebuah bandar terpencil sekitar 2,000 meter dari aras paras laut, seorang wanita Islam pertengahan umur memberitahu agensi berita AFP, bahawa ia adalah kali pertama beliau mengalami gempa bumi sekuat itu.


Beliau terjaga apabila bumi mula bergegar, langsung merangkul dua anaknya dan segera melarikan diri dalam kegelapan malam yang dingin.

Kedai yang dimilikinya telah rosak teruk, jadi beliau kini menjual barang dagangannya di jalanan.

“Terlalu berbahaya untuk tinggal di dalam,” katanya.

Banyak bangunan di Dahejia runtuh sepenuhnya, dan bahagian atas masjid di bandar yang ramai penduduk Islam itu, juga runtuh dan condong.

“Saya berusia 70 tahun dan saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat itu dalam hidup saya,” kata seorang penduduk, Encik Ma Wenchang kepada AFP, sambil menunjuk ke arah retakan pada dinding rumahnya.


“Saya tidak boleh tinggal (di rumah ini) lagi kerana ia terlalu berbahaya. Saudara-mara saya telah berpindah ke beberapa tempat lain.”

Encik Ma juga sedang tidur ketika gempa bumi melanda.

“Apabila saya menyedari (apa yang berlaku) saya berlari keluar ke halaman rumah saya – dan ia masih bergegar,” ceritanya.

Sekumpulan penduduk tempatan duduk mengelilingi unggun api kayu bersebelahan deretan kenderaan kecemasan, ketika matahari terbenam.

Di dataran bandar, sukarelawan bergegas memasang khemah untuk anggota pasukan penyelamat.

Beribu-ribu pekerja kecemasan dihantar pada 19 Disember, untuk menjalankan operasi mencari mangsa runtuhan dan membantu mereka yang terselamat.

“Tugas paling mendesak bagi kami ialah menyediakan barang dengan cepat kerana suhu akan mencecah 17 darjah Celsius di bawah sifar, malam ini,” kata seorang sukarelawan kepada AFP.


Mereka telah menubuhkan pangkalan itu “supaya anggota pasukan penyelamat boleh memberi tumpuan kepada usaha membantu orang ramai – (kebanyakannya tidak mempunyai) air, tiada elektrik”, katanya.

Jauh dari dataran, bekalan elektrik di bandar nampaknya terputus dan jalan-jalan raya gelap.

Jabatan bomba dan penyelamat wilayah telah mengerah 580 anggota penyelamat yang dibantu 88 jentera bomba, 12 anjing pengesan serta lebih 10,000 set peralatan ke kawasan bencana.

Pihak berkuasa kereta api telah menggantung perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo yang melalui zon gempa serta mengarahkan pemeriksaan keselamatan landasan kereta api. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >