LONDON: Lelaki berusia 75 tahun yang meninggal dunia malam kelmarin, menjadi mangsa keempat maut akibat serangan di Jambatan Westminster, dekat bangunan Parlimen Britain, menjadikan jumlah korban kejadian itu lima orang, termasuk penyerangnya manakala kira-kira 30 lagi cedera.
Mereka yang cedera berasal dari 12 negara.