Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan ketua Pentagon: Trump tidak layak jadi presiden

Sep 19, 2016 | 08:54 AM



WASHINGTON: Mantan setiausaha pertahanan Amerika Syarikat, Encik Robert Gates, mengkritik tajam kedua-dua calon presiden dalam satu rencana di The Wall Street Journal, tetapi mengutuk Encik Donald Trump sebagai "tidak layak dan tidak sesuai menjadi ketua panglima".



Encik Gates, anggota Republikan yang merupakan ketua Pentagon di bawah presiden Republikan George W. Bush dan Demokrat Barack Obama, telah bekerja dengan lapan presiden dan antara suara Amerika yang dihormati meluas mengenai hal keselamatan negara.



"Saya percaya Encik Trump tidak boleh diperbaiki. Beliau tidak arif dan degil... dan pembawaannya tidak sesuai untuk memimpin lelaki dan wanita kita dalam uniform," tulis Encik Gates dalam rencana pandangan yang disiarkan pada Jumaat (16 Sep) di laman web jurnal itu.



"Beliau tidak layak dan tidak sesuai menjadi ketua panglima."



Encik Gates bekerja rapat dengan calon Demokrat, Cik Hillary Clinton, semasa beliau menjadi setiausaha negara. Bekas pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu berkata kegagalan Cik Clinton meramalkan huru-hara yang akan mengikuti campur tangan Barat di Libya menimbulkan persoalan kredibiliti, sebagaimana pendirian beliau yang berubah-ubah mengenai perang Iraq.



Beliau mempersoal bangkangan Cik Clinton terhadap perjanjian perdagangan Asia yang selum selesai yang beliau pernah sokong, dan berkata calon presiden itu kabur tentang cara menguruskan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, tidak menawarkan tindakan khusus tentang Korea Utara, dan tidak mempunyai strategi jelas ke arah "Timur Tengah yang sedang membara".



Tetapi mengenai kredibiliti, Encik Gates menyindir: "Trump tiada tandingan."



"Beliau telah menyatakan sokongan bagi membina sebuah tembok antara Amerika Syarikat dan Mexico, mendera suspek pengganas dan membunuh keluarga mereka (dan) bagi kepimpinan diktator Encik Putin."



Encik Trump turut menyatakan sokongan "bagi menarik balik askar Amerika Syarikat dari Eropah, Korea Selatan dan Jepun", dan "bersikap tidak bimbang tentang penggunaan senjata nuklear". Beliau telah menghina askar, keluarga mereka dan pemimpin tentera, tulis Encik Gates.



Encik Trump "dengan sengaja jahil" tentang dunia, tentera Amerika dan "mengenai pemerintah itu sendiri", tambahnya.



Walaupun tidak mengatakan beliau akan mengundi Cik Clinton, Encik Gates berkata beliau akan mendengar kepastian semula daripada Cik Clinton sebelum pilihan raya pada 8 Nov. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >