Mantan komander antipengganasan Tito Karnavian kini ketua polis Indonesia

JAKARTA: Presiden Joko 'Jokowi' Widodo dijadual merasmikan pelantikan mantan komander pemberantasan pengganasan, Jeneral Tito Karnavian, sebagai Ketua Polis Negara di Istana Negara pada Rabu (13 Julai).

Jeneral Tito menggantikan Jeneral Badrodin Haiti, yang akan bersara pada Ogos, menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat presiden.

Beliau mantan ketua Badan Nasional Pemberantasan Pengganas (BNPT) dan mantan ketua Polis Jakarta.

Sebelum itu, Jeneral Tito mengetuai unit antipengganasan elit polis, Densus 88.

Presiden Jokowi berkata sebelum ini keputusannya memilih Jeneral Tito bertujuan meningkatkan profesionalisme pasukan polis dalam melindungi orang ramai, meningkatkan penguatkuasaan undang-undang - terutamanya berkaitan jenayah luar biasa seperti pengganasan, dadah dan rasuah - serta meningkatkan sinergi dengan agensi penguatkuasaan undang-undang lain. - Jakarta Post/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 85
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.