Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan menteri gesa polis tidak dakwa Dr M

Nov 09, 2015 | 03:26 PM



KUALA LUMPUR: Polis tidak sepatutnya terlibat dalam rancangan untuk mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.


Dalam tulisan di blognya hari ini, bekas menteri undang-undang tidak rasmi itu berkata, polis sepatutnya memberikan tumpuan menyiasat perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terlibat dalam skandal politik.


"Apa saya ingin nyatakan disini adalah polis sepatutnya melupakan rancangan untuk mendakwa Tun Dr Mahathir. Jika mereka mahu juga, dakwalah atas dakwaan yang lebih serius.


"Adakah beliau terlibat dengan amalan korup sepanjang 22 tahun dia mentadbir? Adakah beliau menyalahgunakan kuasa? Adakah beliau mempunyai akaun di luar negara dan terlibat dengan penggubahan wang haram?


"Jika jawapanya tidak, saya cadangkan polis fokus kepada Datuk Seri Najib.


"Mereka perlu memulakan siasatan ke atas beliau kerana seluruh dunia tahu tentang dakwaan ke atasnya," kata Datuk Zaid.


Datuk Seri Najib diserang hebat berikutan wang RM2.6 bilion ($847 juta) yang dimasukan ke dalam akaun peribadinya dari penderma Timur Tengah yang tidak diketahui identiti sebelum pilihanraya umum 2013 selain daripada kontroversi yang menyelubungi syarikat pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Ini mencetuskan desakan lantang diketuai Tun Dr Mahathir, untuk Datuk Seri Najib meletakan jawatan. Bekas perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat itu juga menghadiri perhimpunan Bersih 4 yang bertujuan melakukan perubahan demokratik dan mendesak pengunduran Najib.


Dalam perhimpunan itu, Tun Dr Mahathir bercakap mengenai Datuk Seri Najib dan dana yang menyebabkan dia disoal siasat polis Jumaat lepas.


Hari ini, Datuk Zaid bertanya mengapa perlunya melibatkan polis dalam hal tersebut sedangkan kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai Datuk Seri Najib mempunyai asas perundangan awam.


Beliau berkata Datuk Seri Najib sepatutnya menyaman negarawan itu kerana memfitnahnya.


Katanya, undang-undang jenayah fitnah yang digunakan polis negara ini untuk memaksa dan menyekat rakyat daripada bersuara sudah ketinggalan zaman dan perlu dimansuhkan, kerana perundangan itu dicipta penjajah untuk menakutkan rakyat sewaktu penjajahan.


Jawatankuasa Khas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak bersuara, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Sivil dan Politik dan pelbagai lagi badan antarabangsa mendesak pemansuhan undang-undang sebegitu, katanya.


"Perdana menteri kita yang mengaku moderat dan sukakan perubahan, sebaliknya lebih gemar menghina Tun Dr Mahathir dengan menghantarnya kepada polis," katanya.


Datuk Zaid menyuarakan kesedihan mengenai kurangnya tumpuan polis untuk menyoal siasat Datuk Seri Najib mengenai 1MDB, walaupun terdapat banyak laporan polis dibuat ke atasnya.


"Dunia sedang menanti dan mahu mengetahui sekiranya pasukan polis kita bebas dan tidak gentar kepada sesiapa.


"Sekiranya mereka enggan membuka fail siasatan ke atas Najib, rakyat akan berkata yang Ketua Polis Negara seorang penakut; dan mereka akan mengatakan yang Malaysia sememangnya sudah berubah menjadi negara polis.


"Sangat memalukan sekiranya ini berlaku, kerana pasukan polis kita dulu pernah menjadi kebanggaan negara," katanya.


Datuk Zaid menambah yang polis perlu melindungi nama baik dan reputasi negara.


"Terlibat dalam kes jenayah fitnah tidak sepatutnya dilakukan polis yang berwibawa," katanya.


Dua hari lepas, bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga mempertahankan Dr Mahathir, berkata yang bekas perdana menteri itu tidak melakukan kesalahan hanya kerana bertanyakan soalan dan mengkritik Datuk Seri Najib dalam soal cabang pelaburan negara sarat hutang 1MDB.


"Saya sangat bimbang dengan berita yang bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pihak yang disoal siasat polis atas dakwaan jenayah fitnah pada 6 November," Datuk Seri Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan liwat, berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan peguamnya.


"Beliau tidak melakukan kesalahan apabila bertanyakan soalan dan menyuarakan kritikan kepada perdana menteri dalam krisis 1MDB." - The Malaysian Insider




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >