Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan menteri lompat parti dek tidak puashati isu 1MDB, derma RM2.6b

Oct 15, 2015 | 02:46 PM



PETALING JAYA: Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, hari ini mengesahkan penyertaannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) - disebabkan masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6b.


"Kami gembira dan mengalu-alukan penyertaan Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam keluarga besar Keadilan," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam sidang media yang di adakan di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.


"Krisis politik dan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia mendorong rakyat dan pemimpin berfikir betapa perlunya mengambil langkah berani dan membuat anjakan dalam pendirian," kata Datuk Seri Wan Azizah.


Datuk Saifuddin menyifatkan kegagalan Umno menangani isu berhubung syarikat bermasalah 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion ($862.5 juta) sebagai punca beliau meninggalkan parti tersebut.


Bercakap kepada media selepas penyertaannya secara rasmi ke dalam PKR hari ini, Datuk Saifuddin berkata, beliau kecewa dengan beberapa keputusan Umno berhubung dua isu tersebut menyebabkan beliau tekad keluar daripada parti utama kaum Melayu itu.


"Cara Umno tangani isu 1MDB dan RM2.6 bilion menyebabkan saya terdetik keluar Umno," katanya di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.


Dua isu tersebut mencetuskan polemik dalam Umno, bahkan 2 pemimpin tertinggi parti itu, Tan Sri Muhyddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga tersingkir daripada Kabinet kerana kritikan mereka membabitkan 1MDB.


Datuk Saifuddin sebelum ini juga menerima surat tunjuk sebab hanya kerana menghadiri program pembangkang Pakatan Harapan.


Beliau menyifatkan penyertaannya bersama PKR sebagai satu keputusan besar dan menjelaskan Umno kini sudah tidak serasi dengan landasan perjuangannya.


"Malangnya, sejak saya menyertai Umno, tidak ada satu perbincangan yang komprehensif dan mendalam. Oleh itu, saya rasa tidak serasi lagi dalam Umno dan Barisan Nasional," katanya.


Menjelaskan pilihannya untuk bersama PKR, beliau berkata bentuk parti berbilang kaum dan agama yang menyebabkan beliau tertarik dengan parti yang diasaskan selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 itu.


"Terdapat banyak parti berbilang kaum dan agama dalam negara, tapi hati saya terpaut dengan PKR," katanya.


Spekulasi tersebut terjawab selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah secara rasmi mengumumkan penyertaan Saifuddin ke dalam parti mereka ketika berada di mahkamah di Kuala Lumpur terdahulu hari ini.


Ketika berada dalam kerajaan, Datuk Saifuddin yang pernah memegang jawatan timbalan menteri pengajian tinggi itu begitu lantang mengkritik permasalahan pendidikan dalam soal Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, selain membuka ruang kebebasan, terutama kepada mahasiswa.


Beliau pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno dan merupakan timbalan ketua Umno bahagian Temerloh sejak 2009.


Beliau juga pernah menjadi ahli Parlimen Temerloh selepas menang pada pilihan raya umum ke-12 sebelum tewas kepada Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan pada PRU 2013. - Astro Awani, The Malaysian Insider




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >