Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan menteri Zaid Ibrahim sertai pembangkang DAP

Feb 07, 2017 | 03:12 PM



KUALA LUMPUR: Mantan menteri undang-undang Malaysia, Datuk Zaid Ibrahim, mengumumkan pada Selasa (7 Feb) beliau telah menyertai parti pembangkang majoriti Cina, Parti Tindakan Demokratik (DAP), sedang pembangkang Malaysia bersiap sedia bagi pilihan raya akan datang.



Datuk Zaid, seorang menteri semasa kepimpinan mantan perdana menteri Abdullah Badawi, memberitahu pemberita beliau sedang membuat percubaan ketiga dalam politik.



"Pemimpin mesti jujur, adil dan bercita-cita berlaku adil, dan saya percaya DAP boleh dan telah berjaya mencapai semua ini," katanya dalam satu sidang media.



Mengenai kemungkinan beliau bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, yang harus diadakan selewat-lewatnya pada 2018, Datuk Zaid berkata terpulang pada parti untuk memutuskannya.



Namun, beliau terbuka untuk memikat pengundi Melayu, kumpulan penting yang pembangkang sasarkan untuk memenangi pilihan raya.



Datuk Zaid bekas ahli Umno sebelum menganggotai sekejap Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan pemimpin pembangkang yang sedang dipenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Beliau juga pernah menjadi presiden sebuah parti pembangkang kecil berpangkalan di Kelantan, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).



Antara yang hadir di sidang media itu ialah orang kuat DAP, Encik Lim Kit Siang, dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >