Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan PM Portugal, Antonio Guterres, dijangka jadi ketua baru PBB

Oct 06, 2016 | 07:29 AM



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), Amerika Syarikat: Mantan perdana menteri Portugal, Encik Antonio Guterres, dijangka menjadi setiausaha agung baru PBB menyusuli satu undi muktamad oleh Majlis Keselamatan pada Rabu (5 Okt).



Encik Guterres, yang mengetuai agensi pelarian PBB selama satu dekad, memenangi sokongan tinjauan itu daripada 13 daripada 15 ahli majlis, sementara tiada seorang pun daripada lima ahli yang mempunyai kuasa veto - Britain, China, Perancis, Russia dan Amerika - menghalang pencalonannya.



Duta Russia, Encik Vitaly Churkin, muncul dari bilik majlis itu bersama 14 duta lain untuk mengisytiharkan Encik Guterres bakal menggantikan Encik Ban Ki-moon sebagai ketua diplomat dunia.



"Kami mempunyai pilihan jelas dan namanya ialah Antonio Guterres," katanya.



Encik Churkin mengumumkan undi rasmi oleh Majlis itu akan berlangsung pada Khamis untuk mengesahkan pemilihan Encik Guterres, sambil menambah beliau menjangka pemilihan itu "sebulat suara".



Sebagai bekas ketua pemerintah pertama yang bakal memimpin badan dunia itu, ahli politik Sosialis berusia 67 tahun itu telah berjanji akan merombak PBB bagi meningkatkan usaha damai dan menggalak hak asasi manusia.



Beliau menjadi perdana menteri Portugal dari 1995 hingga 2002.



Semasa undi rahsia, Encik Guterres memenangi empat undi positif daripada pemegang veto dan satu undi "tiada pendapat", membuka laluan bagi beliau menjadi ketua baru PBB.



Apabila secara rasmi disahkan oleh Majlis Keselamatan, Encik Guterres akan dipersembahkan kepada Perhimpunan Agung untuk pencalonannya diluluskan.



Ketua baru PBB akan memulakan tempoh lima tahunnya pada 1 Januari depan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >