Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan Speaker Setya Novanto ketua baru Golkar

May 17, 2016 | 12:22 PM



NUSA DUA (Bali): Mantan Speaker parlimen, Encik Setya Novanto, muncul pada Selasa (17 Mei) sebagai ketua baru parti kedua terbesar di Indonesia, Golkar, sedang ia cuba bergerak melupakan pertikaian kepimpinan yang memecah-belahkan lebih setahun.



Encik Setya dan Encik Ade Komarudin masing-masing meraih 177 dan 173 undi, daripada 560 undi pada awal pagi Selasa semasa mesyuarat yang bermula pada 9 pagi Isnin.



Ini bermakna kedua-duanya layak masuk ke pusingan kedua pengundian.



Bagaimanapun, Encik Ade menyerah kepada Encik Setya dan menyatakan sokongannya pada beliau, melepaskan haknya bertanding di pusingan akhir.



"Saya lebih muda, 50 tahun. Pak Novanto (kira-kira) 60 tahun. Saya masih mempunyai masa. Saya dan rakan-rakan akan memberi sokongan kepada Pak Novanto demi parti Golkar parti," Encik Ade memberitahu peserta kongres.



Lapan calon bertanding bagi jawatan ketua umum, atau pengerusi parti, dalam pusingan pertama.



Encik Setya, 61 tahun, akan mempunyai tugas bekerja bersama pentadbiran Joko 'Jokowi' Widodo.



Golkar sebahagian daripada pembangkang sejak Presiden Jokowi mengambil alih jawatan pada 2014, tetapi itu bakal berubah memandangkan semua lapan calon telah mengisytiharkan sokongan bagi pemerintah jika dipilih.



Jika itu berlaku, parti pemerintah yang diketuai Encik Jokowi akan menguasai 62 peratus daripada Parlimen, mengalihkan imbangan kuasa untuk membolehkan beliau mendesak pembaharuan yang amat diperlukan di Indonesia



Golkar mempunyai bilangan kedua terbesar Anggota Parlimen selepas Parti Demokrasi Perjuangan Indonesia (PDIP) pimpinan Encik Jokowi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >