Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MAS akan buang 6,000 pekerja

Aug 29, 2014 | 03:55 PM



KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional hari ini mengumumkan 12 pelan untuk memulihkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dalam tempoh tiga tahun, termasuk mengurangkan sehingga 30 peratus kakitangannya atau 6,000 orang daripada 20,000 orang pada masa ini, kata Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar.


Beliau berkata, pelan pemulihan MAS itu antara lain membabitkan penubuhan syarikat baru (NewCo).


Katanya, MAS akan dikeluarkan daripada penyenaraian menjelang hujung 2014, diikuti pemindahan aset dan liabiliti kepada NewCo menjelang 1 Julai 2015.


Newco disasar kembali untung 3 tahun selepas dikeluar penyenaraian dan kemudian disenarai semula antara 3-5 tahun menjelang 2017-2019.


"Kos penyusunan semula dan pelaburan ialah RM6 bilion ($2.4 bilion) yang akan diagih secara berperingkat-peringkat," katanya di sini sebentar tadi.


Azman berkata, suntikan modal RM6 bilion merangkumi kos mengeluarkan dari senarai OldCo sebanyak RM1.4 bilion, kos penyusunan semula dan pemberhentian kakitangan (RM1.6 bilion) dan suntikan modal RM3 bilion dalam NewCo.


Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya akan kekal memimpin memimpin OldCo sehingga 1 Julai 2015 apabila NewCo mula berkuatkuasa.


Khazanah Nasional juga sudah memulakan proses pencarian CEO baru yang dijangka diumumkan sebelum akhir tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >