KUALA LUMPUR: Ramai penumpang Malaysia Airline System Bhd telah membatalkan pelan penerbangan mereka selepas bencana kedua melanda syarikat itu dalam tempoh empat bulan.
Menurut laporan Bloomberg, ejen pelancongan dari Melbourne, Singapura, New Delhi dan Malaysia berkata tempahan penerbangan telah dibatalkan melebihi 20 peratus di beberapa tempat, terutamanya selepas tragedi MH17.