Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Mas Selamat pernah ikut kelas Rasul Dahri di Johor sebelum sertai JI'

Jan 10, 2017 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Pemimpin Jemaah Islamiah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari, dilaporkan pernah mengikut kelas pendakwah Singapura Rasul Dahri di Johor antara 1987 dengan 1989 sebelum menyertai Jemaah Islamiyah (JI).



Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganasan Cawangan Khas, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mendedahkan demikian seperti yang dilaporkan portal Free Malaysia Today.



Beliau memberitahu demikian untuk meminta jabatan agama negeri supaya lebih agresif dalam memantau pendakwah Islam bagi memastikan mereka tidak mempromosikan ideologi radikal yang boleh mencetuskan tindakan pengganasan.



Menurut Datok Ayob, Rasul Dahri, 64 tahun, telah ditahan buat kali ketiga, tahun lalu.



Dia aktif di Lembah Klang dan Johor selama beberapa tahun walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan dan jabatan Agama Islam Pahang mengharamkan tujuh bukunya.



Mas Selamat ditahan polis Malaysia pada April 2009 selepas lebih setahun lari daripada tahanan di Singapura.



Dia menyertai JI sekitar 1990 dan pernah merancang merampas sebuah pesawat dan menghempaskannya di Lapangan Terbang Changi.



Pada 2006, Mas Selamat ditangkap di Indonesia dan diserahkan kepada Singapura. Dia kemudian dikenakan Perintah Tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Mas Selamat melepaskan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road pada Februari 2008, namun ditangkap semula di Johor pada April 2009.



Memetik contoh lain, Datok Ayob berkata ketua JI Abu Bakar Bashir and Abdullah Sungkar berjaya menyelinap masuk ke Malaysia pada 1985 kerana kurangnya pemantauan jabatan agama.



"Ini menyebabkan hampir 300 rakyat Malaysia dan negara Asia lain direkrut sebagai ahli JI," katanya.



Datuk Ayob berkata Jabatan Agama Islam Johor antara yang paling tegas di negara ini dalam menguatkuasakan undang-undang.



"Ia sangat tegas dan tidak akan membenarkan pendakwah tanpa tauliah dan kelulusan untuk mengajar di negeri itu," katanya.



Datok Ayob juga memuji jabatan agama di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak kerana tegas dalam melakukan penguatkuasaan.



Menurutnya, kekurangan penguatkuasaan daripada pihak berkuasa agama memberi ruang kepada pendakwah asing dan tempatan berhubung dengan masyarakat awam tanpa pemantauan.



Katanya, ada antara pendakwah yang menyebarkan ajaran tidak selaras dengan kepercayaan Sunni.



"Kami sedar ada antara ajaran itu cenderung ke arah ekstremisme walaupun isi kandungannya tidak secara langsung memberitahu pendengar melakukan kecederaan kepada umat Islam lain," katanya.



Antara contoh, katanya ialah pendakwah yang tidak secara langsung memberitahu sesetengah ajaran ahli sunah waljamaah kufur tetapi menggelar ia sebagai bidaah.



Datok Ayob berkata sesetengah pengikut pendakwah itu yang tahu mengenai tradisi kenabian mengutuk bidaah dalam agama, mungkin menyimpulkan mereka dibenarkan untuk membunuh sesiapa yang kufur dalam kalangan ahli sunah waljamaah.



Beliau berkata memantau pendakwah tidak termasuk dalam bidang kuasa jabatannya tetapi mereka mempunyai senarai suspek.



"Jika ajaran itu bertentangan dengan ajaran Islam sebenar, kami akan menasihatkan jabatan agama mengambil tindakan terhadap pendakwah tetapi terpulang kepada mereka.



"Sepatutnya, pendakwah perlu mendapatkan kebenaran daripada jabatan agama, tetapi ramai yang tidak berbuat begitu," katanya sambil menambah senarai semasa jabatannya termasuk beberapa pendakwah dari Asia Barat dan negara Afrika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >