JASIN: Kerajaan Malaysia menjangka akan timbul masalah dalam melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada peringkat awal, namun rakyat diminta supaya jangan panik.
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta mereka menyalurkan keraguan itu kepada pihak berwajib, lapor Berita Harian Online semalam.