Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Masjid di KL anjur acara Tahun Baru Cina

Feb 06, 2017 | 11:31 AM



KUALA LUMPUR: Sebuah masjid di Bangsar, di pinggir Kuala Lumpur, merai kepelbagaian di Malaysia dengan membuka pintunya bagi sebuah acara Tahun Baru Cina.



Acara itu mendapat sambutan baik dengan lebih 400 rakyat Malaysia - kebanyakan memakai pakaian tradisional berwarna merah yang dianggap bertuah oleh masyarakat Cina - datang, melebihi jangkaan penganjur.



Pada majlis dua jam Sabtu (4 Feb) lalu itu, rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama duduk dan makan bersama hidangan tempatan seperti rendang, ketupat dan nasi minyak serta limau.



Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Datuk Ibrahim Thambychik, berkata beliau memutuskan mengadakan rumah terbuka untuk menunjukkan masjid itu mengalu-alukan semua orang.



"Jika anda melihat sejarah Islam, masjid mempunyai banyak fungsi. Selain solat, ia boleh berfungsi sebagai pusat sosial bagi orang Islam dan bukan Islam," katanya.



Menurut Datuk Ibrahim, itu kali pertama masjid tersebut menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina. Ia peluang baik bagi umat Islam dan bukan Islam di kawasan kejiranannya beramah mesra dan mengenali satu sama lain, ujarnya.



Berikutan sambutan baik daripada orang ramai, beliau merancang mengadakannya lagi tahun depan.



Imam Mohd Bukhai Hakah berkata masjid itu menjangka kira-kira 100 hingga 150 tetamu, tetapi beliau menganggarkan sekurang-kurangnya 400 orang hadir, berdasarkan jumlah makanan yang dihidangkan.



Datuk George Joseph, presiden Persatuan Penduduk Bangsar Baru, percaya ia kali pertama sebuah masjid di Malaysia menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina.



Seorang tetamu, Encik Collin Swee, 49 tahun, berkata ia satu peristiwa bermakna baginya.



"Saya rasa ini adalah indah. Ia sangat diperlukan sekarang sedang rakyat berbilang kaum dan agama semakin renggang berbanding pada zaman dahulu. Langkah oleh masjid ini sangat tepat pada masanya. Kita perlu lebih banyak langkah seperti ini untuk menyatukan rakyat," kata Encik Swee.



Cik Maizura Shamsuddin, penolong pengarah utama Jabatan Ehwal Islam Wilayah Persekutuan, berkata beliau menyokong acara tersebut. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >