Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Masyarakat antarabangsa kutuk serangan di hotel Mogadishu

Aug 22, 2022 | 05:30 AM



MOGADISHU: Masyarakat antarabangsa mengutuk serangan pengganas ke atas sebuah hotel di Mogadishu, yang mengorbankan lebih 20 orang dan puluhan yang lain cedera pada Jumaat lalu.



Sekutu Somalia termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain dan Turkey serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu.



Begitu juga Kesatuan Eropah (EU) dan Penguasa Pembangunan Antara Pemerintah (Igad) menyatakan solidariti dengan Somalia dalam memerangi keganasan selepas serangan terbaru ke atas Hotel Hayat.



"PBB mendoakan mereka yang cedera segera pulih dan menyatakan solidaritinya dengan semua rakyat Somalia dalam menentang keganasan," menurut PBB di Somalia.



Setiausaha Eksekutif Igad, Encik Workneh Gebeyehu, mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dan blok Afrika timur akan terus meningkatkan kerjasama serantau serta antarabangsa untuk memerangi semua bentuk keganasan.



EU turut mengecam sekeras-kerasnya serangan pengecut ke atas hotel itu dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terjejas.



Serangan itu sama sekali tidak akan menggugat usaha untuk membantu dan menstabilkan Somalia, menurut EU.



Menurut polis, pelampau meletupkan dua bom tangan di luar hotel berkenaan pada Jumaat lalu sebelum menyerbu ke dalam bangunan tersebut dan menyerang pasukan keselamatan yang telah mengepung bangunan itu.



"Sebanyak 95 peratus daripada bangunan itu berjaya dikawal. Terdapat mangsa termasuk kematian dan polis akan memberikan butirannya secepat mungkin," lapor televisyen Somalia.



Tentera Kebangsaan Somalia (SNA) yang disokong Misi Kesatuan Afrika mengusir al-Shabab dari Mogadishu pada 2011, tetapi kumpulan itu masih melancarkan serangan menyasarkan kemudahan kerajaan, hotel, restoran dan tempat awam.



Sekurang-kurangnya 50 individu lain dilaporkan cedera dalam serangan Hotel Hayat itu.



Menurut jurucakap polis, Encik Yasin Haji, serangan kumpulan militan Al-Shabaab di Hotel Hayat itu menyaksikan beberapa mangsa orang awam di dalam hotel berkenaan dijadikan tebusan.



"Kami mengambil masa lebih 24 jam untuk menamatkan serangan di Hotel Hayat kerana kumpulan ini mengambil orang awam sebagai tebusan.



"Pada hari kedua hotel berkenaan ditawan kumpulan militan itu, pasukan keselamatan melancarkan serbuan dan berjaya mengambil alih 95 peratus bangunan berkenaan.



"Kami berjaya mengambil alih tingkat bawah dan tingkat atas hotel, namun kumpulan itu masih berada di tingkat dua dan tiga," katanya kepada agensi berita CNN.



Serangan itu adalah tragedi besar pertama sejak Presiden Hassan Sheikh Mohamud mengambil alih pucuk pimpinan pada Mei lalu, sekali gus menggariskan cabaran besar beliau menghadapi pemberontakan selama 15 tahun oleh kumpulan militan ISIS. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >