Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Masyarakat Islam California kutuk serangan di San Bernardino

Dec 03, 2015 | 05:39 PM



LOS ANGELES: Masyarakat Islam California mengecam kejadian tembakan rambang yang membunuh sekurang-kurangnya 14 orang di San Bernardino pagi tadi selepas seorang lelaki Islam dikenali sebagai suspek kejadian itu.


Syed Farook, seorang warga Amerika Syarikat yang bekerja di jabatan kesihatan bandar itu, dipercayai dibunuh menyusuli kejadian tembak-menembak dengan polis beberapa jam selepas dia melepaskan tembakan di tengah-tengah pesta Hari Natal di sebuah pusat khidmat sosial tempatan.


Pengarah eksekutif cabang Los Angeles Majlis Hubungan Amerika-Islam (Cair), Encik Hussam Ayloush, berkata anggotanya jelas mengecam perbuatan itu.


"Masyarakat Islam bersatu dengan warga Amerika menolak sebarang tanggapan tidak betul yang mendakwa untuk menunjukkan perbuatan ganas yang menjelekkan itu berasas," katanya.


Pihak berkuasa belum lagi memastikan terdapat hubungan antara serangan itu dengan fahaman radikal.


Saudara ipar Farook, Encik Farhan Khan, turut tampil dalam satu sidang media dan melahirkan rasa terkejut bahawa Farook melakukan pembunuhan beramai-ramai.


"Saya tak tahu kenapa dia lakukan demikian. Saya terkejut perkara seperti ini boleh berlaku," kata Encik Khan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >