May jadi PM baru Britain mulai Rabu lepas pesaing undur diri

LONDON: Cik Theresa May akan menjadi pada Rabu (13 Jul) perdana menteri yang mengetuai Britain mengadakan rundingan Brexit, selepas pesaing tunggal beliau dalam perlumbaan untuk menggantikan Encik David Cameron menarik diri tanpa diduga.

Beliau menjadi calon tunggal bagi jawatan itu selepas Cik Andrea Leadsom, yang menghadapi kritikan kerana mencadangkan beliau lebih layak menjadi perdana menteri kerana mempunyai anak, mengunduar dirai.

Perdana Menteri Cameron kemudian mengumumkan Cik May akan mengambil alih daripada beliau pada Rabu, apabila beliau dijangka menghadap Ratu Elizabeth II untuk meletak jawatan dan mencadangkan Setiausaha Dalam Negeri May sebagai penggantinya.

"Pada Rabu, saya akan menghadiri Dewan Rakyat bagi Soalan Perdana Menteri dan kemudian selepas itu saya mengharapkan untuk pergi ke istana dan menawarkan peletakan jawatan saya jadi kita akan mempunyai perdana menteri baru di bangunan di belakang saya pada petang Rabu," katanya dalam satu kenyataan dari 10 Downing Street.

Britain menghadapi pergolakan politik paling teruk dalam beberapa generasi berikutan kejutan undi dalam pungutan suara pada 23 Jun untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), yang mendorong Encik Cameron berundur.

Pada Isnin, Cik May menyeru Britain bersatu di bawah kepimpinannya dan berjanji akan menjayakan rundingan perceraian negara ini dari Kesatuan Eropah.

Selepas menerima pengesahan rasmi beliau memenangi pertandingan kepimpinan Parti Konservatif yang memerintah ekoran pengunduran Cik Leadsom, Cik May memberitahu pemberita: "Brexit bermakna Brexit dan kita akan menjadikan ia satu keyayaan... kita perlu menyatukan negara kita."

Cik Leadsom mempunyai tiga anak sementara Cik May tidak mempunyai cahaya mata. - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.