Mayat ditemui; Indonesia '95% pasti' serpihan dari pesawat AirAsia

JAKARTA - Pasukan mencari telah menemui mayat dan kesan bayang-bayang di dasar laut dipercayai dari pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 yang hilang .

Bahkan, ketua agensi Mencari dan Meyelamat Indonesia (Barsarnas), Encik Bambang Soelistyo, berkata serpihan yang ditemui itu adalah "95 peratus pasti" kepunyaan pesawat tersebut.

Agensi AFP pula melaporkan kapal perang Indonesia telah menarik keluar lebih 40 mayat dari laut.

"Sekitar 12.50 petang (waktu tempatan), ketua angkatan tentera Hercules menemui sebuah objek seakan bayang-bayang berbentuk pesawat di dasar laut," kata Encik Bambang dalam satu sidang akhbar di Jakarta tadi.

"Kira-kira 1.25 petang, kami menemui objek yang terapung dipercayai mayat salah seorang penumpang," kata beliau.

Anggota keluarga mangsa pesawat menangis selepas mereka melihat siaran televisyen menunjukkan sekujur mayat terapung-apung di laut semasa Encik Bambang mengadakan sidang akhbar itu yang disiarkan secara langsung.

Encik Bambang berkata, operasi menyelamat itu ditumpukan di lokasi di mana "bayang-bayang" dan serpihan ditemui, sekitar 160 kilometer di selatan barat daya kota Pangkalan Bun, di tengah Kalimantan.

"Kapal angkatan udara Indonesia Bung Tomo menemui sebuah objek terapung di permukaan air yang kami rasa merupakan sebuah pintu kecemasan pesawat...Sebuah helikopter Basarnas kemudian terbang untuk memastikan ia pintu kecemasan pesawat dan ia membantu kapal Bung Tomo mengeluarkan objek tersebut," kata beliau.

"Dengan semua penemuan ini, saya - sebagai penyelaras mencari dan menyelamat - yakin 95 peratus lokasi serpihan itu datang dari pesawat tersebut.

"Semua kakitangan mencari dan menyelamat akan dikerahkan ke lokasi tersebut. Tugas mereka adalah untuk mencari dan mengeluarkan semua objek atau mayat-mayat penumpang," katanya.

Beliau berkata para penyelam telah dikerahkan ke kawasan tersebut yang dalamnya sebanyak 25 hingga 30 meter.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.