Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PASCA-PILIHAN RAYA UMUM KE-15 MALAYSIA

MB Pahang perjelas alasan BN gabung dengan PH tubuh kerajaan negeri

Dec 02, 2022 | 05:30 AM



ROMPIN (Pahang): Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata Barisan Nasional (BN) memilih Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri memandangkan blok politik itu sedia bekerjasama tanpa meletak sebarang syarat, agar kerajaan negeri ditubuhkan segera demi kestabilan rakyat.



Beliau berkata pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, menghubunginya selepas keputusan muktamad Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tergantung selepas tiada blok politik memperoleh majoriti mudah, iaitu kali pertama ia berlaku di negeri itu.



Selain PH, kata Datuk Wan Rosdy, yang juga pengerusi BN Pahang, beliau turut dihubungi pihak Perikatan Nasional (PN) untuk berbincang mengenai pembentukan kerajaan negeri. NamunPN, yang diwakili timbalan presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, meletak beberapa syarat bagi tujuan itu, lapor Berita Harian Malaysia.



Antara syarat itu ialah Datuk Wan Rosdy diberi jawatan menteri penuh bertaraf senator, manakala jawatan Menteri Besar dan Yang Dipertua DUN diberi kepada PN, sementara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dibahagi secara sama rata dan tiga Ahli DUN (Adun) lantikan juga diberi kepada PN.



Menurut beliau, PN kemudian menawarkan jawatan Menteri Besar kepada BN selepas dimaklumkan PH tidak meletak sebarang syarat dalam pembentukan kerajaan negeri.



"Saya kira-kira dan lihat ini bukan hendak berbincang tetapi sudah ditetap dan ditentukan... kalau saya setuju dengan permintaan mereka. Di DUN Pahang ada 42 kerusi, kalau saya setuju mereka akan ada 22 undi di DUN, yang boleh menyebabkan saya tersingkir pada bila-bila masa.



"Jadi (jika ia berlaku) apa akan berlaku pada kerajaan negeri? Kita hendak tubuhkan kerajaan negeri kerana nak teruskan agenda kita untuk bekerja, teruskan kestabilan dan kemakmuran. Banyak agenda hendak dilakukan, bukan untuk politiking," katanya pada satu ceramah umum PRU15 DUN Tioman dan Pasar Besar Rompin.



Buat kali pertama di Pahang, BN dan PH berkongsi pentas apabila ceramah itu turut disertai Datuk Amirudin dan Encik Mohamad Sabu, presiden Parti Amanah Negara (Amanah), salah sebuah parti komponen PH.



"Keputusan untuk bersama PH bukan keputusan saya seorang. Saya bawa dalam perbincangan dengan rakan Adun, dalam Badan Perhubungan Umno... Saya ceritakan apa yang berlaku dan kami Adun dan BN Pahang sebulat suara bersetuju nak bersama dengan PH," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >