Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MB Perlis angkat sumpah tanpa kehadiran ADUN BN

May 24, 2018 | 05:32 PM



ARAU: Datuk Seri Azlan Man mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis pagi tadi tanpa kehadiran sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN). Ketiadaan mereka menimbulkan persoalan kemungkinan kemelut pelantikan Menteri Besar negeri ini belum selesai sepenuhnya.



Difahamkan Sembilan ADUN berkenaan berada di Kuala Lumpur. 


Dalam upacara itu, tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) dan dua ADUN PAS hadir.



Istiadat berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, pada jam 11.10 pagi. Datuk Seri Azlan, 60 tahun, yang juga ADUN Bintong, dilantik sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua selepas BN berjaya mempertahankan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.



BN meraih 10 kerusi, manakala PH hanya tiga kerusi dan PAS dua kerusi.



Pelantikan Menteri Besar Perlis sebelum ini tertangguh, susulan tindakan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim, mengumumkan nama ADUN Tambun Tulan, Datuk Ismail Kassim, yang juga adiknya, sebagai calon Menteri Besar yang baharu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >