MB Terengganu difitnah gambar berpelukan dengan artis Neelofa

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kesal dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang terus menjadikan beliau sasaran fitnah di Internet, termasuk menyiarkan gambarnya berpelukan dengan artis jelita, Neelofa.

Datuk Seri Ahmad berkata, perbuatan seumpama itu tidak ada tujuan lain kecuali untuk memburuk-burukkan reputasi dan merendahkan kewibawaan beliau di kalangan rakyat melalui laman sosial.

"Tahun lepas, saya dah tutup FB (Facebook) kerana saya bosan dengan apa yang berlaku. Tapi ada orang klon (gambar), guna nama saya. Kita dan check (periksa), satu didaftarkan di Singapura dan satu lagi daftar di US (Amerika Syarikat).

"Pegawai kita dah buat penafian dan kita tiada lagi FB. Semua itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan saya senyum saja bila tengok gambar saya (dengan selebriti), saya gembira saja," katanya yang ditukil Utusan Malaysia.

Datuk Seri Ahmad mengulas paparan gambar yang menggunakan teknik pertindihan imej (superimposed) beliau bersama Neelofa yang dimuatkan dalam akaun Facebook, yang kononnya milik beliau dan tersebar dalam Internet sehingga menjadi bualan ramai.

Turut tertera adalah pesanan 'beliau' agar artis itu tidak mengenakan pakaian yang 'pelik-pelik' pada masa depan.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.