Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MCA gesa Jepun beri pampasan kepada hamba seks warga M'sia

Dec 31, 2015 | 12:21 PM



KUALA LUMPUR: Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) semalam mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan Jepun supaya membuat bayaran pampasan kepada wanita Malaysia yang dipaksa menjadi hamba seks sepanjang Perang Dunia Kedua.


Ini berikutan permohonan maaf Jepun kepada wanita mangsa seks di Korea Selatan dua hari lalu dan janjinya untuk membayar 1 bilion yen ($11.74 juta) kepada mereka.


Menurut Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong, kerajaan Jepun perlu mengakui bahawa wanita Malaysia juga menjadi mangsa sepanjang perang berkenaan.


Justeru, permohonan maaf harus dilakukan, katanya seperti dipetik oleh akhbar Sun Daily.


"Memandangkan ini, kami sedang menanti bayaran dan keadilan untuk mangsa yang mengalami kesakitan emosi semasa pengalaman pahit itu," katanya pada sidang media hari ini.


Beliau bagaimanapun berkata "bayaran pampasan" hendaklah disalurkan kepada badan-badan amal dan bukan untuk kegunaan peribadi. - Malaysiakini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >