PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam mengumumkan pelantikan tiga menteri penuh dan tiga timbalan menteri baru daripada pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) - Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Gerakan - dalam barisan Kabinetnya.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dilantik sebagai Menteri Pengangkutan; manakala Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.