Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANCAMAN IS

Media IS buka akaun baru elak sekatan, terus sebar fahaman ganas

Jul 14, 2016 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tidak sampai sehari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memohon Facebook menyekat laman propaganda IS, Al-Fatihin Media, surat berita berbahasa Melayu-Indonesia itu sudah pun beroperasi menggunakan akaun baharu.



Posting pertama dibuat pada 4.55 petang kelmarin dan memiliki 235 'Like', lapor Free Malaysia Today semalam.



Laman terdahulu mengumpul lebih 1,000 'Like' sebelum laporan dibuat kepada Facebook untuk menyekatnya, lapor The Star.



Sebuah portal berita IS masih boleh diakses seperti biasa setakat pagi semalam.



Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata SKMM dalam proses menyekat akses ke semua laman web dan media sosial berkaitan Al Fatihin selepas menerima permohonan daripada Kementerian Dalam Negeri.



Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga sebelum ini berkata Cawangan Khas Bukit Aman sedang memantau rapi penyebaran surat berita itu, yang dipercayai dikendalikan warga Malaysia dan Indonesia di Filipina.



"Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri akan terus memantau mana-mana pihak yang memuat turun atau mencetak akhbar berkenaan.



"Saya menyeru orang ramai supaya tidak melayari dan melakukan pencetakan kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.



Sementara itu, Pensyarah Pengajian Islam dan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Ahmad El Muhammady, berpendapat bahawa Daesh, yang menghadapi tindakan ketenteraan daripada pelbagai negara, telah menyebabkan mereka kehilangan ramai pengikut.



Katanya, ini memberi tamparan hebat terhadap psikologi mereka, justeru menyebabkan mereka perlu beralih ke negara-negara yang kononnya berpotensi memberi sokongan termasuk Asia Tenggara.



"Kawasan ini (Asia Tenggara) mempunyai penduduk Islam yang besar maka mereka melihat ia berpotensi dijadikan 'base' di masa akan datang jika mereka dihapuskan di Asia Barat," katanya.



Justeru, beliau berkata penerbitan Al Fatihin tidak harus dipandang remeh kerana ia boleh memberi kesan kepada masyarakat, terutama golongan muda seperti pelajar peringkat sekolah dan universiti.



"Perang propaganda mereka sudah bermula secara 'frontal' (depan-depan). Kalau dulu secara kecil-kecilan sahaja, hari ini mereka maju ke hadapan.



"Jangan terkejut sekiranya selepas ini mereka mewujudkan saluran televisyen dan menggunakan YouTube pula," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >