MeleTOP minta maaf persenda Usher dengan pelawak 'muka hitam'

KUALA LUMPUR: Sebuah program televisyen Malaysia telah memohon maaf menyusuli bantahan di media sosial mengenai skit komedi yang menampilkan pelakon memakai solek "muka hitam" berpura-pura menjadi bintang R&B Amerika Syarikat, Usher.

Skit itu mempersenda persembahan penyanyi popular Malaysia, Yuna, dan Usher di Amerika pada Jun, di mana mereka berpeluk, mencetuskan kritikan di Malaysia.

Malaysia melarang penghibur berpeluk, bercium dan menggunakan bahasa lucah di atas pentas. Ia juga melarang wanita tidak menutup aurat antara bahu dan lutut mereka.

Dalam senda itu, seorang wanita yang berlagak sebagai Yuna menundukkan kepala - bukan memeluk - kepada seorang pelawak dengan solek "muka hitam" yang berlagak sebagai Usher.

Video itu, yang dikongsi secara meluas di media sosial, disiarkan dalam program hiburan Melayu tempatan 'MeleTOP' pada Selasa (2 Ogos).

Program itu menulis tweet pada lewat Rabu: "Kami ingin memohon maaf kepada Yuna & Usher bagi video parodi terbaru kami, yang merupakan satu silap perkiraan di pihak kami."

"Kami telah menarik balik video itu dan ingin meminta semua orang tidak mengongsinya."

Ramai di media sosial mengutuk ciri perkauman dalam senda itu.

"Yuna membuat Malaysia bangga di seluruh dunia dan ini caranya anda menunjukkan penghargaan anda kepadanya," tulis seorang pengguna Twitter.

Yuna baru-baru ini menghasilkan satu single baru, 'Crush', yang menampilkan Usher. Bintang R&B itu juga muncul dalam video muzik beliau dalam trek hit itu.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 79
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.