Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menembak MH17 satu tindakan pengganasan - Presiden Ukraine

Jul 18, 2014 | 07:06 PM



KIEV (Ukraine): Menembak jatuh pesawat Malaysian Airlines merupakan satu tindakan pengganasan, kata Presiden Ukraine, Encik Petro Poroshenko.


Ukraine percaya, tindakan menembak MH17 dilakukan militan yang berperang bagi menyatukan timur Ukraine dengan Russia, dengan menggunakan peluru berpandu darat-ke-udara era-Soviet.


Pemimpin pemberontak Republik Rakyat Donetsk menafikan mereka terliat, meskipun pada masa hampir sama, komander tentera mereka berkata, pasukan tenteranya telah menjatuhkan sebuah pesawat pengangkut Ukraine bersaiz kecil, yang ketiga sejauh ini, minggu ini.


Wartawan Reuters menyaksikan serpihan bangkai pesawat MH17 yang menonjolkan warna merah dan biru, simbol pesawat Malaysian Airlines.


Serpihan bangkai pesawat dan banyak mayat dilihat tercampak di kawasan mengelilingi kawasan terhempas dekat kampung Grabovo, 40 kilometer dari sempadan Russia dekat ibu kota wilayah Donetsk yang dikuasai pemberontak pemisah.


Sementara itu, syarikat-syarikat penerbangan komersil mengumumkan langkah untuk mengelak pesawat mereka dari memasuki ruang udara Ukraine.


Ssyarikat penerbangan, Aeroflot, yang dimiliki Russia, tidak lagi merentasi ruang udara Ukraine.


Agensi berita Itar-Tass memetik pegawai Kementerian Kecemasan Russia sebagai berkata, tidak ada warga Russia dalam pesawat MH17.


Syarikat penerbangan Turkish Airlines pula menyatakan, "ia akan mengelak ruang udara Ukraine" menyusuli kejadian ini.


Syarikat penerbangan Russia, Transaero, juga memaklumkan langkah yang sama.


Tindakan serupa diambil syarikat penerbangan Jerman, Deutsche Lufthansa AG, yang berkata "Lufthansa telah memutuskan untuk mengelak ruang udara timur Ukraine dengan serta-merta", kata jurucakap syarikat itu. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >