Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Australia: Canberra bersama Amerika pertahan Taiwan

Nov 14, 2021 | 05:30 AM



MELBOURNE: Australia akan bersama Amerika Syarikat sekiranya Washington bertindak mempertahankan Taiwan, kata Menteri Pertahanan Australia, Encik Peter Dutton, semalam.



Pada Rabu lalu, Setiausaha Negara Amerika, Encik Anthony Blinken, berkata negaranya dan sekutu mereka akan mengambil "tindakan" yang tidak dijelaskan jika China menggunakan kekerasan untuk merubah keadaan sedia ada terhadap Taiwan.



"Ia bukan suatu yang boleh diterima bahawa kami tidak akan menyokong Amerika Syarikat dalam tindakannya jika Amerika memilih mengambil tindakan," kata Encik Dutton kepada akhbar The Australian dalam satu wawancara.



"Saya fikir kita harus berterus terang dan jujur mengenainya, melihat kepada keadaan dan fakta tanpa memberi sebarang jaminan terlebih dahulu, di mana mungkin ada keadaan yang mana kita tidak akan memilih jalan itu (untuk tidak mengambil tindakan), (tetapi) saya tidak boleh memikirkan keadaan sedemikian," ujarnya.



Tentera China menyatakan pada Selasa lalu bahawa ia telah menjalankan kawalan kesiapsiagaan ketenteraan yang mengarah ke Selat Taiwan, selepas kementerian pertahanannya mengutuk satu kunjungan delegasi Amerika ke Taiwan, wilayah yang ditadbir secara demokratik tetapi dituntut Beijing.



"(China) sangat jelas tentang hasrat mereka memasuki Taiwan dan kami perlu memastikan adanya tahap persiapan peringkat tinggi, daya pencegahan lebih tinggi dalam keupayaan kita, dan itulah yang saya fikirkan dalam meletakkan negara kita pada kedudukan yang kuat," kata Encik Dutton kepada akhbar tersebut.



China tidak mengetepikan penggunaan kekerasan bagi memastikan Taiwan berada di bawah kekuasaannya tetapi telah meredakan tanggapan bahawa perang tidak mustahil. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >