Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Australia letak jawatan dek tingkah laku tidak sesuai di bar

Dec 29, 2015 | 03:22 PM



SYDNEY: Dua menteri dalam pemerintah Perdana Menteri Australia, Encik Malcolm Turnbull, meletak jawatan pada Selasa (29 Dis), seorang daripada mereka berundur selepas seorang penjawat awam wanita mengadu mengenai kelakuannya di sebuah bar di Hong Kong semasa satu lawatan rasmi baru-baru ini.


Encik Jamie Briggs berkata beliau meletak jawatan sebagai Menteri Bandar dan Alam Bina selepas seorang wanita yang tidak dinamakan menimbulkan kebimbangan tentang tingkah laku tidak sesuai beliau terhadapnya di bar popular itu.


Beliau berkata tidak ada dakwaan beliau telah melakukan apa-apa yang melanggar undang-undang, tetapi enggan mengulas secara terperinci mengenai kejadian itu.


Encik Turnbull kata seorang lagi menteri, Encik Mal Brough, juga meletak jawatan sementara polis menyiasat peranannya dalam pendedahan mengenai saingan politik yang dibocorkan.


"Dalam menawarkan untuk berundur, Encik Brough telah melakukan perkara yang betul, mengakui peri penting pemerintah mengekalkan tumpuan tidak berbelah bahagi pada pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan negara," kata Encik Turnbull dalam satu kenyataan.


Tugas dua menteri itu akan diambil oleh para menteri lain. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >