KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, mengesahkan mengenainya tadi.
"Seperti yang saya katakan, ia adalah tugas SPRM untuk menyiasat semua kes rasuah tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Jika sesiapa yang membuat aduan, SPRM akan memprosesnya sebelum mengklasifikasikan aduan itu sama ada untuk meneruskan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan laporan tahunan SPRM kepada Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.