Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Besar Selangor nafi dakwaan salah laku

Aug 04, 2014 | 06:08 PM



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menafikan terlibat dalam salah laku seperti yang dituduh Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah mencabar partinya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Menteri Besar Selangor itu menyangkal dakwaan terlibat dalam urus niaga jualan tanah seperti didedah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.


"Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung Keadilan Datuk Saifuddin Nasution.


"Saya menafikan dakwaan ini kerana tidak benar sama sekali," kata Tan Sri Khalid dalam satu kenyataan hari ini.


Tan Sri Khalid juga mencabar Datuk Saifuddin supaya melaporkan kepada SPRM dan Bank Negara dengan segera bagi membuktikan tuduhan ke atas dirinya benar.


Awal sebelum ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mendedahkan sebab disebalik usaha penyingkiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari jawatan yang disandangnya sekarang.


Menurut laporan The Malaysian Insider yang memetik kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pendedahan itu akan dibuat melalui satu laporan yang akan diedarkan esok.


Datuk Saifuddin berkata antara kandungan laporan tersebut adalah kes-kes mahkamah yang boleh dipersoalkan mengenai kewibawaan Tan Sri Abdul Khalid sebagai seorang penjawat awam.


Antara kes yang diperkatakan adalah sebuah kes yang diselesaikan di luar mahkamah membabitkan saham Kumpulan Guthrie Berhad bernilai RM66.67 juta ($25.93 juta) semasa Tan Sri Abdul Khalid memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu.


Datuk Saifuddin berkata turut dikemukakan di dalam laporan itu adalah maklumat penjualan tanah kepada pemaju Eco Dunia pada kadar di bawah harga pasaran


Laporan The Star pula berkata PKR telah pun meminta Tan Sri Abdul Khalid untuk menjelaskan tentang masalah-masalah tersebut, namun tiada jawapan telah diterima darinya setakat ini.


"Kami (PKR) telah memanggil beliau untuk memberikan penjelasan tetapi tidak mendapat sebarang hasil. Kami mempersoalkan integriti beliau," kata Datuk Saifuddin.


Datuk Saifuddin berharap dengan pendedahan itu ia dapat menyokong keputusan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid dengan calon pilihan PKR iaitu presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >