Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Besar Selangor sedia disiasat, dihakimi

Aug 06, 2014 | 12:26 PM



SHAH ALAM (Selangor): Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia berdepan siasatan dan dihakimi, sekiranya beliau tidak berlaku amanah sepanjang pentadbirannya. Beliau mendakwa, sentiasa berpegang pada konsep ketelusan dan bertanggungjawab sepanjang menjalankan tugasnya selama ini.


"Saya bersedia dihakimi atau disemak, jadi pada saya itu adalah reformasi yang dilalui, maknanya kita percaya pada ketelusan dan bertanggungjawab.


"Saya (bersedia) menerima segala teguran terhadap kelemahan dan kesilapan sepanjang pentadbiran saya dalam kerajaan negeri tetapi ia perlu dilakukan secara berhemah," katanya.


Tan Sri Abdul Khalid berkata demikian ketika ditemui selepas memberi keterangan dalam perbicaraan kes rampasan tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor di mahkamah di sini, semalam.


Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kelmarin bahawa Abdul Khalid berpeluang mengekalkan kedudukan selaku teraju utama negeri itu sekiranya memb eri p enjelasan lanjut terhadap beberapa isu yang menimbulkan konflik dalaman parti.


Tan Sri Abdul Khalid turut menafikan menerima surat pemecatan ahli daripada PKR seperti yang tersebar kelmarin, sebaliknya menegaskan yang sehingga kini beliau masih sah sebagai ahli parti itu.


"Saya belum menerima apa-apa surat berkaitan perkara itu (pemecatan). Jadi saya rasa tidak perlu mengulas lanjut mengenai perkara itu," katanya.


Kelmarin, khabar angin mendakwa Tan Sri Abdul Khalid dipecat kerana enggan meletakkan jawatan bagi membolehkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menduduki jawatan itu.


Sementara itu, mengulas perkembangan semasa mengenai kapasiti air empangan di Selangor, Tan Sri Abdul Khalid memberi jaminan tidak akan berlaku catuan ketika ini.


"Kita sedang merancang langkah perlu untuk mengekalkan paras air semasa untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan lagi," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >