JAKARTA: Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia mendakwa, Menteri Tenaga Indonesia, Jero Wacik, yang dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah, menggunakan wang negara untuk membiayai kegiatan membina imej demi tujuan peribadi.
Badan membanteras rasuah itu berkata Jero dipercayai menyalahgunakan bajet kementeriannya sehingga 10 bilion rupiah ($1 juta) menerusi aktiviti tidak sah antara 2011 dengan 2013.