KUALA LUMPUR: Menteri Luar Malaysia membidas kecaman mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran negara dan parti politik dalam surat terbuka kepada editor akhbar harian Amerika Syarikat, The New York Times (NYT).
Datuk Seri Anifah Aman kesal melihat Dr Mahathir yang cuba merosakkan negaranya sendiri dalam media antarabangsa sebagai sebahagian daripada dendam politik peribadi.